Sunday, 16 March 2014

Allah Maha Pemurah

Assalammualaikum : )

Subhanaallah, dah lama betul hujan tak turun. syukur tidak terkata ,hari ini hujan membasahi bumi. Alhamdulillah Ya Allah.

tidak turunnya hujan,
masalah politik,
jerebu yang semakin teruk,
pesawat MH370 yang hilang,
orang kafir menghina kita,
pernah tidak kita terfikir,
ujian ini mungkin akibat daripada
perbuatan dosa yang dilakukan manusia itu sendiri,
mungkin kita terlalu asyik dengan dunia,
sehingga kita lupa pada Allah,
mungkin dengan ujian ini,
memberi kesedaran dan pengajaran
kepada kita supaya 
kita ingat kepada Allah,
tidak kira dalam keadaan apa sekali pun,
tidak kira di saat senang mahupun susah,
sudahlah cukuplah dan tinggallah,
segala dosa yang kita pernah lakukan,
kembalilah kita kepada Allah,
Allah Maha Pengampun,
Allah Maha Pemurah,
Allah Maha Penyayang,
Allah Maha Berkuasa, 
kita dah terlalu banyak buat salah
terhadap Allah,
kita ingkar dan tidak patuh pada perintah Allah,
kita hamba Nya yang sering melakukan dosa,
cukuplah,
tidak terasa bebankah diri dengan dosa yang kita lakukan,
Ya Allah,
sesungguhnya aku mohon kepada Mu,
kau bimbinglah aku ke jalan Mu Ya Allah,
kau jauhkan lah diri ku aku perkara perkara maksiat,
jauhkanlah diri dari bisikan syaitan,
kau terimalah taubat ku Ya Allah,
aku manusia yang hina,
aku manusia yang penuh dengan dosa,
aku bertaubat kepada Mu,
kau terima lah taubat ku,
aku tidak sanggup di seksa dan di azab di dalam api neraka,
tetapi aku tidak layak untuk menjadi penghuni Syurga,
Ya Allah,
sesungguhnya kau Maha Pengampun,
Ampunkan dosa dosa ku,
ampunkan dosa dosa orang tua ku,
ampunkan dosa dosa adik adik ku,
ampunkan dosa saudara mara ku,
ampunkan dosa sahabat-sahabat ku,
dan ampunkan lah dosa dosa seluruh umat Islam di dunia ini,
Letakkan kami di bawah perlindungan Mu Ya Allah,
kuat kan Iman kami, 
sesungguhnya kami kembali kepada Mu Ya Allah,

Renung-renungkan lah berapa banyak dosa yang kita dah buat,
sanggupkah kita menjejak diri kita ke neraka Jahannam? semoga Allah memberi hidayah dan rahmat Nya kepada kita. Assalammualaikum :  )

Wednesday, 12 March 2014

andai kata aku pergi

Assalammualaikum : )
Subhanaallah pagi yang indah dengan bunyi kicauan burung tambah dengan pokok-pokok yang segar. Hari yang penuh dengan harapan buat setiap rakyat Malaysia, mengharapkan Allah akan turunkan hujan, semoga pesawat MH370 di pertemukan dan mengharapkan keamanan negara. Jangan putus berdoa, In syaa Allah, Allah Maha Mendengar.

Tatkala diri ini sedang mencari petunjuk dan rahmat Nya,
ada sesuatu yang bermain di minda,
andai aku pergi menghadap Illahi,
cukupkah bekalan yang aku akan bawa ke akhirat,
terampun kah dosa-dosa yang pernah aku lakukan,
siapa yang akan menjaga kedua orang tua aku,
andai aku pergi buat selama-lamanya,
Duhai adik-adik yang aku sayangi lagi aku cintai,
andai kata aku pergi meninggalkan dunia,
aku hanya ingin adik-adik penuhi satu perkara,
jagakan ibu dan ayah buat aku,
andai kata aku tidak sempat penuhi
apa yang ibu ayah aku hajatkan,
adik-adik gantilah tempat ku dan penuhi lah hajat mereka,
jangan adik-adik derhaka pada ibu ayah kita,
sayangi lah mereka sepenuh hati,
dan apabila ibu ayah sakit,
aku merayu,
aku mengharap,
adik-adik akan jaga ibu ayah sebaik yang mungkin,
dahulu dan kini ibu ayah sentiasa berkorban demi kita,
tidak salah kalau kita berkorban apa sahaja untuk mereka,
selagi pengorbanan itu tidak melanggar hukum,
Duhai ibu duhai ayah yang aku sayang dan cinta,
andai kata anakanda pergi buat selama-lamanya,
anakanda berdoa agar kita di pertemukan 
di syurga Allah,
anakanda tidak akan berputus berdoa buat ibu dan ayah,
sesungguhnya tidak dapat anakanda
gambarkan sebanyak mana kasih dan sayang anakanda terhadap ibu ayah,
ibu ayah terima kasih yang tidak terkata anakanda ucapkan,
terlalu besar pengorbanan yang telah ibu ayah berikan 
kepada anakanda,
sejak dari anakanda di lahirkan sehinggalah pergi nya diri ini, 
tidak terbalas pengorbanan dan jasa mu duhai ibu duhai ayah,
apa yang anakanda mampu hanya berdoa pada Allah ,
agar ibu ayah di lindungi oleh Allah,
agar diampunkan segala dosa ibu ayah,
agar kita dapat berjumpa di Jahnnah,
Duhai ibu duhai ayah ,
ampunkan segala kesalahan dan silap anakanda ,
anakanda telah banyak membuat dosa terhadap ibu ayah,
anakanda cuba untuk jadi anak yang solehah,
anakanda cuba untuk menjadi anak yang baik,
Duhai ibu duhai ayah ,
jagalah kesihatan,
jagaah diri , 
maafkan anakanda kerana tidak dapat menjaga ibu ayah
maafkan anakanda kerana pergi tanpa beritahu,
maafkan anakanda kerana susahkan ibu ayah,
maafkan anakanda kerana menjadi beban ibu ayah,
maafkan anakanda duhai ibu duhai ayah,
selamat tinggal ibu ayah, adik-adik, saudara mara, sahabat-sahabat,
terima kasih di atas segala-galanya,
maafkan salah silap hamba Allah yang penuh dengan dosa ini,
semoga kita dapat di pertemukan di Syurga Allah.

sesungguhnya hidup mati itu Allah yang menentukan, tiada Tuhan lain selain dari Allah, Nabi Muhammad itu pesuruh Allah, orang yang ingat kematian itulah orang yang bijak. Assalammualaikum : )

Sedarlah saudara ku

Assalamualaikum : )

syukur kepada Allah, kita masih bernafas dan di beri peluang untuk kita sama-sama perbaiki kesilapan diri kita yang sering kali melakukan dosa. Kadang-kadang kita sendiri tidak sedar bahawa kita telah melakukan dosa. Subhnaallah.. pejam celik pejam celik , dah beberapa hari berlalu peristiwa hilangnya pesawat MH370. Alhamdulillah , ramai umat Islam di seluruh dunia yang tidak putus-putus mendoakan dan menunaikan solat hajat supaya pesawat tersebut di pertemukan. Alhamdulillah banyak juga negara lain yang sudi membantu misi mencari pesawat MH370. persoalan nya di sini, adakah pertolongan itu ikhlas atau ada agenda lain disebalik pertolongan yang "mereka" beri. "mereka" di tujukan kepada suatu kaum yang tujuan utamanya hanya ingin melihat kehancuran dan kejatuhan Islam. Subhanaalah..

Pujian, penghargaan yang tidak terkata kepada negara yang membantu namun kita pernah terfikir tidak kita lupa yang kita terlalu percayakan atau kita terlalu baik dengan negara luar. Sedangkan kita sendiri tidak tahu adakah mereka betul-betul ikhlas atau pun sebaliknya. bukan untuk melahirkan perasaan busuk hati, dengki, atau apa apa, cuma hanya ingin mengingatkan sesama saudara berwas pada dengan kaum lain lagi lagi yang bukan umat Islam. Tidak pandai diri ini untuk berbicara panjang lebar mengenai hal ini, harap apa yang syafiqah ingin sampaikan sedikit sebanyak ada yang memahami, sedar dan dapat di jadikan pengajaran.

Apabila kafir menguasai dunia, orang-orang yang beriman kembali kepada Allah dan yang tinggal di dunia ini orang-orang yang tidak beriman maka dunia benar-benar hampir dengan hari kiamat. Subhanaallah.. 


Monday, 10 March 2014

PENYESALAN

Assalamualaikum : )
Subhanaallah , Alhamdulillah masih ada lagi kesempatan yang di berikan oleh Allah pada syafiqah untuk mengupdate blog kali ini.

satu persatu dosa yang dilakukan,
saban hari engkau melakukan perkara yang dimurkai Allah
tidak terasa beban kah engkau dengan dosa
yang bertimbun itu?
tidak terasa serba salah kah engkau pada Allah?
tidak terasa malu kah engkau pada Allah?
tidak takutkah engkau pada Allah?
tidak terasa kah engkau untuk bertaubat pada Nya?

sanggupkah engkau tempatkan diri engkau
ke dalam neraka Jahannam?
sanggup kah engkau di seksa?
sanggupkah kau melihat kedua orang tua engkau 
diseksa akibat menanggung dosa engkau?
sanggupkah engkau menanggung keperitan?

sanggupkah engkau menanggung kesakitan?
sedang orang yang beriman sibuk menerima
ganjaran dan nikmat yang tidak terkata di Syurga ,
manakala engkau?
menerima azab dan seksaan tidak terkata di neraka Jahannam,
sudah lah cukup lah, 
tidak kah kau terfikir,
bebanan dosa yang engkau lakukan 
bukan hanya engkau seorang yang menanggung?
pernah tidak engkau terfikir,
dosa-dosa yang kau lakukan , 
orang tua engkau juga akan menanggung 
setiap dosa yang engkau,
pernah tidak engkau terfikir semua ini?
kau hanya pentingkan diri engkau,
berapa lama lagi harus engkau melakukan dosa?
kembali lah pada Allah,
Allah Yang Maha Pengasih,
Allah Yang Maha Pengampun,
Allah Yang Maha Penyayang,
Segala pujian hanya pada Allah ,
Tuhan semesta alam,
sesungguhnya Allah menerima setiap taubat hamba Nya
Allah kasih dan sayang pada hamba Nya
yang kembali ke pangkal jalan,
tahukah engkau bila nyawa engkau akan diambil?
tahukah engkau bila engkau akan kembali kepada Allah?
tahukah dimana tempat engkau di akhirat nanti?
sedarlah engkau dari keasyikan dunia,
engkau masih tidak terlambat,
engkau masih ada kesempatan,
engkau masih ada peluang,
bukalah mata , hati dan minda engkau,
taubat nasuha,
tinggalkan lah segala dosa-dosa yang pernah engkau lakukan,
menyesal lah engkau dengan setiap dosa yang engkau lakukan,
jauhi lah engkau dengan dosa ,
letak lah Allah yang paling utama dalam setiap perkara,
sesungguhnya Allah janji kan syurga buat hamba Nya yang bertaubat,
apabila tertutup pintu taubat,
ketika itu tidak ada guna lagi penyesalan,
Allah tidak akan menerima taubat engkau,
Subhanaallah, 


ayuhlah kita bertaubat pada Allah, kita masih ada kesempatan dan peluang untuk bertaubat,
In syaa Allah , Allah akan terima taubat kita. Kuatkan lah kepercayaan kita pada Allah , kuatkanlah keyakinan  kita pada Allah, utuhkan lah cinta kita pada Allah. Assammualaikum : )





Friday, 7 March 2014

si pendosa

Assalammualaikum : )

Alhamdulillah masih ada kesempatan Allah s.w.t berikan kepada kita untuk kita memperbaiki segala kesilapan yang kita dah buat, jangan lah kita berputus asa memohon keampunan daripada Allah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Sedang aku leka dalam mencari kebahagian dan kejayaan di dunia ,
sedang aku alpa dengan kehidupan di dunia ,
sedang aku asyik mencari cinta manusia ,
sampai di satu saat Allah tarik sedikit nikmat itu ,
aku tidak dapat terima ,
aku memberontak tanpa berfikir hikmahnya,
aku hanya menangis menangis dan terus menangis ,
seolah-olah aku menyalahkan takdir ,
seolah-olah aku tidak bersyukur ,
Tiba suatu ketika aku menangis,
menanggis aku kali ini bukan kerana nikmat yang di ambil oleh Allah,
tetapi menangis mengenangkan segala dosa yang telah aku lakukan,
betapa jahilnya aku , berapa banyak dosa yang aku pikul?
bila berbicara tentang syurga , 
ya itulah impian aku ,
tetapi pernah tak aku terfikir layak kah ,
si pendosa ini ke syurga Allah ,
Allah terima tak taubat aku?
Aku hanya si pendosa yang menyesal dengan perbuatan dosa yang aku dah buat,
solat taubat ,
takut untuk melaksanakannya ,
kerana takut melakukan dosa yang sama ,
kerana takut akan mendapat gambaran di neraka ,
kenara takut Allah tidak menerima taubat aku ,
namun hati ini tekad ,
diri si pendosa ini tidak sanggup lagi menanggung dosa ,
diri si pendosa ini ingin mencari cinta Allah ,
diri si pendosa ini mengenangkan kematian ,
diri si pendosa ini tidak sanggup ke neraka Jahannam ,
aku berserah segalanya kepada Allah ,
aku mengabdikan diri kepada Allah ,
sesungguhnya Allah Tuhan Yang Satu ,
kuatkan iman aku Ya Allah ,
jauhkan aku dari alpa dengan kehidupan di dunia ,
jauhkan aku dari menjadi orang munafik ,
 jauhkan aku dari melakukan maksiat ,
 jauhkan aku dari sifat sifat keji ,
jauhkan aku dari menjadi anak yang derhaka , 
Subhanaallah !

Friday, 28 February 2014

Tersirat

Assalammualaikum : )

Subhanaallah, sayu hati dengar cerita kisah "Pondok Pak Ya" , mula mula aku terkejut kenapa bebe menangis time dia on call dengan mama dia, ingat kan ada personal problem. aku ingat nak cool down kan dia tapi aku biarkan dulu dia reda. Tak lama lepas dia tu dia cerita kisah "Pondok Pak Ya" ni, bila dah dengar cerita tu dari bebe baru aku tahu kenapa lah sahabat baik aku ni duk menangis. bebe yang bercerita ni menangis dengan aku aku sekali menangis, berjurai jurai air mata masing-masing tak berhenti mengalir sampai habis tisu. Hah syafiqah kalau bercerita memang nak uummphhh je, wthever. Subhanallah , aku tak tahu nak kongsi macam mana perasaan aku dengan apa yang aku rasa sekarang. Lega dapat luah kan apa yang terbuku dalam hati ini, satu perasaan yang tenang dapat kongsi sesuatu dengan sahabat baik aku. Macam apa yang aku cakap dalam entry aku sebelum ni, macam mana lah kalau lepas diploma ni tak dapat jumpa dengan bebe dan kawan kawan yang lain. Aku bersyukur sangat Allah kurniakan aku sahabat yang sangat baik, sahabat yang sentiasaa ingat kan aku pada Allah. Ya Allah, aku mohon semoga aku dapat bertemu dengan mereka mereka ini di Jannah Mu , Ya Allah.. Bukan aku nak menjulang atau "mengUP" kan sahabat aku , tujuan aku mengupdate entry kali ini untuk berkongsi sesuatu yang baru aku belajar dalam persahabatan.

Rasulullah s.a.w sangat sayang dengan sahabat-sahabat baginda, kalau kita fikir balik siapa yang sentiasa berada disisi kita selain keluarga. Boleh tak kita menjalankan kehidupan kita tanpa hamba Allah yang bergelar sahabat? percaya atau tak, bila sahabat kita buat silap kita akan cari seribu satu penyelesaian untuk kita bagi dia kesedaran akan kesilapan dia, kalau cara tu tak menjadi kita cari jalan macam mana pula nak bagitau dia , kita cari masa yang sesuai untuk bagi sahabat kita tu. Dia adalah sahabat kita, bila dia menegur salah silap kita, dia lah sahabat kita bila dia mempertahankan kita daripada hinaan orang lain, dan yang paling penting dia la sahabat kita, bila dia sentiasa mengingatkan kita untuk meletakkan Allah yang paling utama dalam setiap perkara yang kita lakukan. Subhanallah. Tapi  ingat setiap perkara yang sahabat kita tegur adalah untuk kebaikan diri kita , dia tak nak kita di hina, dicaci, di pandang rendah orang lain sebab apa dia buat semua ni ? sebab dia sayang kita sebagaimana Rasulullah s.a.w menyayangi sahabat-sahabat baginda. kita jangan lah pula anggapan yang dia hanya nak cari salah kita, cuba kita luas kan akal fikiran kita. Bak kata sahabat aku nadh "kita tak nampak kelemahan diri  kita, kita fikir kita betul tapi di mata orang lain kita salah"  so kita jadikan nasihat atau teguran tu sebagai satu pengajaran dan teguran itu yang akan menjadikan kita manusia lebih baik. Assalammualaikum : )

Bersyukur dengan apa yang dikurnikan oleh Allah.

Saturday, 8 February 2014

macam macam

Assalammualaikum : )

woow wooow wooooo hari ini bestnyaa pun. Bangun pagi tadi nak dekat pukul 12 baru lah terkebil kebil buka mata. Hishhhh tak patut tak patut, bukan selalu. Dah berapa hari asyik bangun awal jaa takpe kut sekali sekala bangun lewat.Ceeehh yoyo je sekali sekala, macam menyampah je dengar. Lepas dah bangun bebe si soul mate aku ni pun ajak aku turun makan siap siap then solat zohor dekat admin then terus pergi dst bcause ada ceramah dari Yatt Hamzah. Nak datang awal punya pasal takut ramai orang punya pasa nak cop tempat punya pasal nvm lah. Sampai sampai dst terus pergi berdiri dekat pintu tengah ,cehh get ready nak masuk lah konon. Sekali dia buka satu pintu je, hah time tu tak payah cakap lah berebut bertolak pendek ceghita dah macam sardin lah. Last last dapat juga duduk depan ,excited kemain masing masing. Bila masing masing dah ambil tempat ,mc umum kan ketibaan Yatt Hamzah dan VIP yang lain. Bila tengok je muka Yatt Hamzah subhanaallah cantiknya hamba Allah ni. Perkataan "cantik" tak putus putus keluar dari setiap mulut student yang datang. Muka orang yang mendapat hidayah dari Allah, subhanaallah..sedangkan kiteorang kaum hawa ni pun terpegun tengok dia apatah lagi kaum adam. Sampai kan ustaz Adam pun tersengih sengih macam kerang busuk dekat atas stage tu tengok Yatt Hamzah hahahha. Masing masing geli hati dengan ustaz Adam, dia kelakar sangat, comel pun ada juga. Alhamdulillah perkongsian cerita silam Yatt Hamzah sedikit sebanyak memberi kesedaran kepada diri aku and kawan kawan lain juga aku rasa benda yang sama. Mengalir air mata keinsafan dan mengenangkan dosa dosa yang telah kita lakukan, in syaa Allah ,Allah akan bantu membimbing diri kita kembali  ke pangkal jalan. semoga Allah memberi Hidayah dan kita tergolong di kalangan orang-orang yang beriman dan bertakwa kepada Allah s.w.t . In syaa Allah.



Sesungguhnya Allah merancang sesuatu yang lebih baik untuk kita, jangan kita sekali sekali menyalahkan takdir dan tidak bersyukur.

Friday, 7 February 2014

salam rindu buat kekasih hati

Assalammualaikum : )

Subhanaallah , tak habis lagi ni ceghita pasal ass yang berlambak tinggi menggunung bagaikan tingginya gunung everest. Pheeeww ayat nak gempak hebaq the best kebabom je. Kalau tanya lah mana mana pelajar Universiti part yang kiteorang kurang senang ,bila di beri assignment plus test plus quiz plus event yang wajib kena pergi and semua yang aku senaraikan ni nak dibuat dalam satu masa yang singkat. Fuuuhhh~ apa boleh buat ini jalan yang ada untuk berjaya dan demi mencari ilmu yang di perintahkan oleh Allah. Tak gitu kengkawan. Atas usaha, keberkatan dari Allah dan restu dari kedua orang tua kita in syaa Allah kita boleh berjaya. Hah lagi satu ,ingat kalau nak berjaya jangan seorang sorang apa kata kita tarik sekali kengkawan kita ikut naik pentas ambil anugerah sekali.Itu lebih afdal bukan, baru lah awesomezzz gilosss. Semoga Allah permudahkan segalanya. Sesungguhnya Allah itu Maha Pemurah.

Okay berbalik dengan tittle dekat atas tu, terasa rindu pada kekasih hati, Allah s.w.t  rasa ini perlu ada dalam setiap orang Islam. Bukan rindu pada Allah sahaja, rindu pada Nabi Muhammad juga perlu ada dalam diri setiap insan yang bergelar hamba Allah. Terngiang-ngiang ceramah dari Ustaz Abdul Kadir hari tu. Nabi Muhammad s.a.w sentiasa merindui umatnya setiap masa. Jadi kalau kita sayang dan rindu kan Baginda kita kenalah selalu selawat, mengikut Sunnah Rasulullah, jauhkan diri dari daripada perkara-perkara yang Rasulullah s.a.w tidak buat dan sentiasa meletakkan Allah yang utama dalam sesuatu perkara. In syaa Allah sama sama kita mengubah dan perbaiki diri ke arah yang lebih baik. Kita cuba perlahan lahan dan tanamkan niat yang suci dalam diri untuk menjadi hamba Allah yang beriman. Peringatan untuk kita bersama. In syaa Allah.

Salam rindu buat keluarga tercinta. Ni aku nak berkongsi cerita sikit, tadi dekat dst adalah program kolej tengok movie ramai-ramai. Tajuk cerita tu The Kite Runner, ceghita tu memang banyak gila moral value dia sampai tak terkira dengan jari ,hak aduh dia ni lahh cerita mesti nak gempak je hahahah. Ada lah satu part ni, maybe bagi certain orang yang tengok tak menyentuh perasaan sangat pun tapi tak tahu lah hati rasa macam gelisah, sayu ,sedih semua lahh ada. Aku tengok je part tu terus teringat dekat ayah ,hmmhh tak payah cakap banyak lah berjurai jurai air mata aku dengan Fi tengok part sedih tu. Ya Allah ... aku rasa time time juga nak call ayah tapi bila fikir balik mesti ayah busy dengan kerja. Aku batalkan niat nak call ayah and terus mesej ibu "kalau ayah dah balik kerja call kakak" Tak lama lepas tu ibu call ,ingatkan ayah dah balik rupanya ayah tak balik lagi. "Ibu kirim salam dekat ayah. Tadi kakak menangis sebab kakak teringat ayah . Ibu ayah jaga diri , kakak sayang ibu ayah muahh muahh Assalmmualaikum" aku fikir, time ibu call tu aku ada dekat karnival kalau dekat dalam bilik rasa nya dah bengkak bengkak mata  menangis. Dah siap beli tiket balik dah, minggu depan hari khamis pagi aku balik dengan Min and Fi . Tak sabauuuu.
* Tengok jam kejap.oooooouhhh dah pukul 1.38 a.m okay dah cukup lah untuk hari ni . Assalamulaikum : )

Tabah lah duhai hati, sesungguhnya Allah sayang dan kasihi akan hamba Nya yang sentiasa redha dan menerima ujian yang diberikan oleh Nya dengan sabar. In syaa Allah.