Wednesday, 12 March 2014

andai kata aku pergi

Assalammualaikum : )
Subhanaallah pagi yang indah dengan bunyi kicauan burung tambah dengan pokok-pokok yang segar. Hari yang penuh dengan harapan buat setiap rakyat Malaysia, mengharapkan Allah akan turunkan hujan, semoga pesawat MH370 di pertemukan dan mengharapkan keamanan negara. Jangan putus berdoa, In syaa Allah, Allah Maha Mendengar.

Tatkala diri ini sedang mencari petunjuk dan rahmat Nya,
ada sesuatu yang bermain di minda,
andai aku pergi menghadap Illahi,
cukupkah bekalan yang aku akan bawa ke akhirat,
terampun kah dosa-dosa yang pernah aku lakukan,
siapa yang akan menjaga kedua orang tua aku,
andai aku pergi buat selama-lamanya,
Duhai adik-adik yang aku sayangi lagi aku cintai,
andai kata aku pergi meninggalkan dunia,
aku hanya ingin adik-adik penuhi satu perkara,
jagakan ibu dan ayah buat aku,
andai kata aku tidak sempat penuhi
apa yang ibu ayah aku hajatkan,
adik-adik gantilah tempat ku dan penuhi lah hajat mereka,
jangan adik-adik derhaka pada ibu ayah kita,
sayangi lah mereka sepenuh hati,
dan apabila ibu ayah sakit,
aku merayu,
aku mengharap,
adik-adik akan jaga ibu ayah sebaik yang mungkin,
dahulu dan kini ibu ayah sentiasa berkorban demi kita,
tidak salah kalau kita berkorban apa sahaja untuk mereka,
selagi pengorbanan itu tidak melanggar hukum,
Duhai ibu duhai ayah yang aku sayang dan cinta,
andai kata anakanda pergi buat selama-lamanya,
anakanda berdoa agar kita di pertemukan 
di syurga Allah,
anakanda tidak akan berputus berdoa buat ibu dan ayah,
sesungguhnya tidak dapat anakanda
gambarkan sebanyak mana kasih dan sayang anakanda terhadap ibu ayah,
ibu ayah terima kasih yang tidak terkata anakanda ucapkan,
terlalu besar pengorbanan yang telah ibu ayah berikan 
kepada anakanda,
sejak dari anakanda di lahirkan sehinggalah pergi nya diri ini, 
tidak terbalas pengorbanan dan jasa mu duhai ibu duhai ayah,
apa yang anakanda mampu hanya berdoa pada Allah ,
agar ibu ayah di lindungi oleh Allah,
agar diampunkan segala dosa ibu ayah,
agar kita dapat berjumpa di Jahnnah,
Duhai ibu duhai ayah ,
ampunkan segala kesalahan dan silap anakanda ,
anakanda telah banyak membuat dosa terhadap ibu ayah,
anakanda cuba untuk jadi anak yang solehah,
anakanda cuba untuk menjadi anak yang baik,
Duhai ibu duhai ayah ,
jagalah kesihatan,
jagaah diri , 
maafkan anakanda kerana tidak dapat menjaga ibu ayah
maafkan anakanda kerana pergi tanpa beritahu,
maafkan anakanda kerana susahkan ibu ayah,
maafkan anakanda kerana menjadi beban ibu ayah,
maafkan anakanda duhai ibu duhai ayah,
selamat tinggal ibu ayah, adik-adik, saudara mara, sahabat-sahabat,
terima kasih di atas segala-galanya,
maafkan salah silap hamba Allah yang penuh dengan dosa ini,
semoga kita dapat di pertemukan di Syurga Allah.

sesungguhnya hidup mati itu Allah yang menentukan, tiada Tuhan lain selain dari Allah, Nabi Muhammad itu pesuruh Allah, orang yang ingat kematian itulah orang yang bijak. Assalammualaikum : )

Sedarlah saudara ku

Assalamualaikum : )

syukur kepada Allah, kita masih bernafas dan di beri peluang untuk kita sama-sama perbaiki kesilapan diri kita yang sering kali melakukan dosa. Kadang-kadang kita sendiri tidak sedar bahawa kita telah melakukan dosa. Subhnaallah.. pejam celik pejam celik , dah beberapa hari berlalu peristiwa hilangnya pesawat MH370. Alhamdulillah , ramai umat Islam di seluruh dunia yang tidak putus-putus mendoakan dan menunaikan solat hajat supaya pesawat tersebut di pertemukan. Alhamdulillah banyak juga negara lain yang sudi membantu misi mencari pesawat MH370. persoalan nya di sini, adakah pertolongan itu ikhlas atau ada agenda lain disebalik pertolongan yang "mereka" beri. "mereka" di tujukan kepada suatu kaum yang tujuan utamanya hanya ingin melihat kehancuran dan kejatuhan Islam. Subhanaalah..

Pujian, penghargaan yang tidak terkata kepada negara yang membantu namun kita pernah terfikir tidak kita lupa yang kita terlalu percayakan atau kita terlalu baik dengan negara luar. Sedangkan kita sendiri tidak tahu adakah mereka betul-betul ikhlas atau pun sebaliknya. bukan untuk melahirkan perasaan busuk hati, dengki, atau apa apa, cuma hanya ingin mengingatkan sesama saudara berwas pada dengan kaum lain lagi lagi yang bukan umat Islam. Tidak pandai diri ini untuk berbicara panjang lebar mengenai hal ini, harap apa yang syafiqah ingin sampaikan sedikit sebanyak ada yang memahami, sedar dan dapat di jadikan pengajaran.

Apabila kafir menguasai dunia, orang-orang yang beriman kembali kepada Allah dan yang tinggal di dunia ini orang-orang yang tidak beriman maka dunia benar-benar hampir dengan hari kiamat. Subhanaallah..