Assalammualaikum : )
Subhanaallah pagi yang indah dengan bunyi kicauan burung tambah dengan pokok-pokok yang segar. Hari yang penuh dengan harapan buat setiap rakyat Malaysia, mengharapkan Allah akan turunkan hujan, semoga pesawat MH370 di pertemukan dan mengharapkan keamanan negara. Jangan putus berdoa, In syaa Allah, Allah Maha Mendengar.
Tatkala diri ini sedang mencari petunjuk dan rahmat Nya,
ada sesuatu yang bermain di minda,
andai aku pergi menghadap Illahi,
cukupkah bekalan yang aku akan bawa ke akhirat,
terampun kah dosa-dosa yang pernah aku lakukan,
siapa yang akan menjaga kedua orang tua aku,
andai aku pergi buat selama-lamanya,
Duhai adik-adik yang aku sayangi lagi aku cintai,
andai kata aku pergi meninggalkan dunia,
aku hanya ingin adik-adik penuhi satu perkara,
jagakan ibu dan ayah buat aku,
andai kata aku tidak sempat penuhi
apa yang ibu ayah aku hajatkan,
adik-adik gantilah tempat ku dan penuhi lah hajat mereka,
jangan adik-adik derhaka pada ibu ayah kita,
sayangi lah mereka sepenuh hati,
dan apabila ibu ayah sakit,
aku merayu,
aku mengharap,
adik-adik akan jaga ibu ayah sebaik yang mungkin,
dahulu dan kini ibu ayah sentiasa berkorban demi kita,
tidak salah kalau kita berkorban apa sahaja untuk mereka,
selagi pengorbanan itu tidak melanggar hukum,
Duhai ibu duhai ayah yang aku sayang dan cinta,
andai kata anakanda pergi buat selama-lamanya,
anakanda berdoa agar kita di pertemukan
di syurga Allah,
anakanda tidak akan berputus berdoa buat ibu dan ayah,
sesungguhnya tidak dapat anakanda
gambarkan sebanyak mana kasih dan sayang anakanda terhadap ibu ayah,
ibu ayah terima kasih yang tidak terkata anakanda ucapkan,
terlalu besar pengorbanan yang telah ibu ayah berikan
kepada anakanda,
sejak dari anakanda di lahirkan sehinggalah pergi nya diri ini,
tidak terbalas pengorbanan dan jasa mu duhai ibu duhai ayah,
apa yang anakanda mampu hanya berdoa pada Allah ,
agar ibu ayah di lindungi oleh Allah,
agar diampunkan segala dosa ibu ayah,
agar kita dapat berjumpa di Jahnnah,
Duhai ibu duhai ayah ,
ampunkan segala kesalahan dan silap anakanda ,
anakanda telah banyak membuat dosa terhadap ibu ayah,
anakanda cuba untuk jadi anak yang solehah,
anakanda cuba untuk menjadi anak yang baik,
Duhai ibu duhai ayah ,
jagalah kesihatan,
jagaah diri ,
maafkan anakanda kerana tidak dapat menjaga ibu ayah
maafkan anakanda kerana pergi tanpa beritahu,
maafkan anakanda kerana susahkan ibu ayah,
maafkan anakanda kerana menjadi beban ibu ayah,
maafkan anakanda duhai ibu duhai ayah,
selamat tinggal ibu ayah, adik-adik, saudara mara, sahabat-sahabat,
terima kasih di atas segala-galanya,
maafkan salah silap hamba Allah yang penuh dengan dosa ini,
semoga kita dapat di pertemukan di Syurga Allah.
sesungguhnya hidup mati itu Allah yang menentukan, tiada Tuhan lain selain dari Allah, Nabi Muhammad itu pesuruh Allah, orang yang ingat kematian itulah orang yang bijak. Assalammualaikum : )
No comments:
Post a Comment